Tidak dinafikan peta mempunyaikepentingannya tersendiri bukan sahaja untuk negara malah ia melangkaui seluruhmasyarakat di dunia.  Kepentingan petabukan sahaja untuk meningkat taraf sosio-ekonomi sesebuah negara bahkan jugamerangkumi pelbagai aspek seperti kebudayaan, geopolitik antarabangsa,pengangkutan, pelancongan, sistem penerbangan, laluan perdagangan, terusan,laluan maritim dan sebagainya.  Banyakpandangan yang menyentuh mengenai maksud peta seperti peta merupakan pengajiangrafik bentuk ruang dan hubungan keruangan antara berbagai perwujudan yangdiwakili (Kals,1983).Pada asasnya peta dihasilkan oleh ahlikartografi.  Keupayaan ahli kartografimengolah penghasilan satu teknik berbentuk proses mengecilkan ruang memberimanfaat kepada semua ini kerana kita mengetahui bahawa peta adalah alatkomunikasi yang memungkinkan manusia untuk mengetahui serba sedikit maklumatmelalui lokasi, jarak dan luas permukaan. Pengumpulan data-data dan kajian mengenai permukaan bumi terusdiperhebatkan oleh ahli-ahli kartografi. Melalui beberapa kaedah seperti sistem maklumat geografi (GIS) dangeospatial.

  Peta adalah medium pengantardan pengumpulan data-data dalam memastikan setiap kawasan itu diliputi secaramenyeluruh.  Peta yang baik dan telitimembolehkan kita membayangkan apa yang ada di tempat tersebut dengan penuhterperinci seperti saiz, bentuk, jarak, ketinggian dan lain-lain.  Simbol-simbol dan singkatan dalam petadigunakan untuk melihat sesuatu benda yang terletak diatas permukaan bumi  di dalam peta samada secara jelas ataunyata.

  Contohnya seperti laluan keretaapi, jalan, rumah ibadat, jambatan, sempadan dan sebagainya (Cheng Leong Goh, 2010).Peta mempunyai sifat-sifatnyatersendiri seperti mengikut skala, dilukis secara pilihan, arah yang benar,mempunyai simbol piawaian, mempunyai ciri-ciri petunjuk, tajuk, huruf,  secara paramuka berskala atau berdigit,maklumat tertentu selain daripada kaitan kordinat geografikal latitud danmagnitud.  Ada beberapa jenis peta yangselalu diguna pakai oleh manusia samada untuk kegunaan ketenteraan,pengangkutan, tanah dan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri ataupundaerah.

  Secara umumnya, masyarakatmengetahui peta rujukan dan peta tematik. Boleh dikatakan kebanyakan pengguna peta hanya merujuk kepada peta yangmengandungi pelbagai maklumat sesuatu tempat sahaja.  Begitu juga dengan peta tematik yangmemaparkan satu tema sahaja.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

  Akan tetapipeta tidak hanya tertumpu kepada itu sahaja, peta juga mengandungi petatopografi, peta bandar, peta jalan, peta utiliti, peta pentadbiran tanah danpeta orthophoto.