Setiap tekanan yang berlaku di kalangan pekerja mempunyai punca-punca yang
tertentu yang boleh menyebabkan pekerja itu sendiri mempunyai tekanan. Melalui
jenis kajian yang telah kami pilih iaitu pembacaan melalui jurnal akan
merungkai setiap faktor kepada berlakunya tekanan dikalangan pekerja.

Menurut Cooper & Roberston (1987) semakin kompleks sesebuah organisasi,
semakin tinggi punca tekanan tersebut. Punca tekanan kerja datang dari pelbagai
aspek kerja seperti ciri-ciri pengurusan kerja, hubungan dalam organisasi,
beban kerja, struktur dan iklim organisasi serta ciri-ciri kerja yang lain.

Melalui jurnal yang ditulis oleh Haryati Kamarudin (2013), beliau telah
memilih MAINS Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) sebagai tempat bagi menjalankan kajian
dalam mengenalpasti dengan lebih mendalam faktor kepada tekanan dalam
kakitangan MHSB itu sendiri. Berkomunikasi dan berurusan dengan pelbagai
lapisan masyarakat menjadi antara rutin utama kakitangan MHSB. Keadaan ini
telah menyebabkan pekerja tersebut tidak lepas dari berhadapan dengan tekanan,
bukan sahaja dari dalam diri pekerja itu sendiri malahan dipengaruhi oleh
faktor luaran.

Tekanan juga wujud apabila permintaan luar terhadapa individu tersebut
melebihi sumber yang ada pada seorang individu. Contohnya, tekanan kerja boleh
berlaki apabila indvidu mendapati banyak kerja yang perlu diselesaikan dan
penyelia memberi tarikh akhir untuk menyiapkan tugasan tersebut dan masa yang
sama, penyelia tersebut memberi kerja yang penting dan perlu diselesaikan dalam
masa yang singkat. Dalam memenuhi kehendak ketuanya, pekerja tersebut akan
mengalami kesan terhadap dirinya secara fizikal, mental dan emosi.

We will write a custom essay sample on
Setiap Menurut kajian Thi Lip San (1998), faktor
Specifically for you for only $16.38 $13.9/page


order now

Melalui kajian oleh Asma Bee (2004), Cooper & Marshall (1978) telah menyatakan
teori terhadap tekanan iaitu tekanan dikatakan berpunca dari faktor-faktor
persekitaran dan individu. Faktor persekitaran itu sendiri merangkumi aspek
perhubungan, intrinsik pekerjaan, struktur dan iklim organisasi. Elemen
perhubungan yang merangkumi aspek perhubungan dengan pihak atasan dan pekerja dengan
rakan sekerja. Faktor struktur dan iklim organisasi pula merangkumi aspek
kurang penglibatan, komunikasi yang kurang baik dan tidak ada rasa kepunyaan. Penekanan
ini akan mendatangkan tekanan kepada pihak berkenaan sekiranya mereka gagal
untuk bertindak mengawal tekanan tersebut. Masalah kesihatan fizikal adalah
seperti kenaikan nadi serta tekanan darah tinggi manakala masalah mental pula
seperti kurang motivasi, emosi tertekanan dan lain-lain.

Menurut kajian Thi Lip San (1998), faktor tekanan di kalangan pengurs dan
eksekutif adalah dimana sistem organisasi yang tegar dan birokrasi yang menjadi
punca utama tekanan kerja di organisasitersebut. Bagi mereka yang berjantina
perempuan dalam menjawat jawatan ini mengalami tekanan kerja yang lebih timggi
berbanding dengan pengurus dan eksekutif lelaki. Walaubagaimana pun kajian
Rosli (1996) mengenai faktor tekanan kerja dan kesan terhadap ke atas 123 orang
kakitangan kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati punca tekanan tiada
hubungan dengan jantina dan taraf perkahwinan.

Halangan kerja rumah dan kerja merupakan faktor tekanan juga iaitu menurut
Rohany & Fatimah (2006) menyatakan apabila pekerja mengalami konflik di
tempat kerja, ini boleh mempengaruhi kehidupan mereka di rumah. Perkara yang
sebaliknya juga akan berlaku. Oleh itu, pekerja yang mengalami masalah di rumah
seperti masalah keluarga, krisis hidup, masalah kewangan, kematian atau masalah
perhubungan berkemungkinan besar tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik di
pejabat.

Seterusnya, struktur dan iklim organisasi mungkin menghadkan otonomi
pekerja dimana pekerja mungkin merasakan tidak banyak kawalan ke atas tugas
mereka, meraka merasakan tugas mereka sangat menjemukan dan tidak tercabar.
Melalui masalah ini, majikan boleh meningkatkan penglibatan mereka dalam
pembuatan keputusan dan mengalakkan pekerjaan dilakukan secara berkumpulan.
(Sapora Sipon, n.d).

Peranan pengurusan itu sendiri boleh menjadi fakor tekanan iaitu melalui
Zainah & Hamdan, (2002) menyatakn peranan dalam pengurusan dikonsepsualkan
sebagai kekaburan peranan, kurang sokongan daripada pihak pengurusan, kurang
penglibatan dalam proses membuat keputusan dan memenuhi perubahan teknologi
yang pesat.

Kerjaya dan pencapaian, menurut Haprizar, Norulkamar
& Siti Aishah, (2005) menyatakan perkembangan kerjaya yang tidak menentu
merujuk kepada kurang atau tiada peluang promosi kerja serta kurang jaminan
kerja.

Melalui konteks hubungan di tempat kerja, menurut Cox et. Al. (1988) menjelaskan
perhubungan dan sokongan sosial boleh dipertingkatkan melalui aktiviti sosial
dalam usaha mengurangla stres di tempat kerja. Perhubungan yang sukar untuk
dijalinkan bersama rakan dan juga rakan sekerja tidak mempunyai kemahiran dalam
berkomunikasi menjadi punca kepada tekanan di tempat kerja kerana mewujudkan
situasi yang kurang selesa. Perhubungan ini boleh menjadi negatif akibat dari
politik di pejabat, persaingan dan gangguan tempat kerja.

Kemudian, faktor intrinsik dalam pekerjaan adalah kajian yang dibuat oleh
Zainah & Hamdan, (2002) faktor intrinsik dalam pekerjaan termasuklah
persekitaran kerja sperti permintaan terhadap tenaga fizikal, tugasan yang
berulang-ulang dan lebihan kerja secara kuantitatif dan kualitatif. (Haprizar,
Norulkumar & Siti Aishah, 2005) menyatakan juga elemen instrinsik kerja
merangkumi kebosanan, keadaan tempat kerja yang tidak terurus, tekanan masa dan
masalah teknikal.

Jurnal kedua yang kami telah ambil sebagai hasil laporan kami ditulis oleh Azizi
bin Yahaya & Norliza binti Othman iaitu daripada Universiti Teknologi
Malaysia. Mereka telah membahagikan faktor-faktor tekanan kepada 2 bahagian
iaitu faktor hygiene dan faktor motivasi. Faktor hygiene dan faktor motivasi
mempunyai beberapa elemen dan semua elemen akan kami simpulkan dalam laporan
ini.

Pertama melalui faktor motivasi, polisi organisasi dan pentadbiran menjadi
punca kekecewaan para pekerja sekiranya kurang jelas ataupun tidak perlu
dipatuhi oleh semua pekerja. Sesuatu polisi tidak memotivasikan pekerja supaya
lebih produktif akan menjadi penyebab kepada ketidakpuasan hati pihak atasan
yang seterusnya menjadikan tekanan kepada pekerja untuk membaikinya semula.

Seterusnya, adalah penyeliaan dimana ketidakpuasan kerja dikalangan pekerja
sering timbul daripada penyeliaan dan dan penjagaan daripada penyelia yang
tidak berkesan. Sehubungan itu, langkah kawalan yang awal perlu diambil seperti
organisasi tersebut perlu prihatin dan bijak dalam mengambil keputusan dalam
melantik penyelia yang betul supaya tidak timbulnya masalah yang enteng yang
boleh diklasifikasikan sebagai faktor kepda tekanan.

Gaji ataupun upah yang diberikan kepada pekerja yang sering dikategorikan
sebagai faktor kepada tekanan seperti yang sering diucapkan pada bibir pekerja-pekerja.
Rasa ketidakpuasan hati yang berpanjangan menyebabkan stress berlaku dikalangan
pekerja terutamanya pekerjaan sebagai pendidik. Menurut Wickenser (1996), dalam
Azizi dan Jaafar Sidek (2005), teori kesamaan menyatakan para pekerja itu
diberi gaji berdasarkan penilaian terhadap tahap kualiti kerja dan hasil yang
diberikan kepada organisasi, oleh itu mereka menjangkakan apa yang diperoleh
setimpal dengan apa yang diberi. Kenaikan pangkat serta imbuhan lain yang
dinilai melalui aspek yang bertentangan dengan konsep asas menjadikan rasa
tidak puas hati kepada pekerja yang menjerumus kepada faktor tekanan.

Hubungan interpersonal dimana persekitaran kerja merupakan salah satu punca
kepada masalah stress yang berlaku dikalangan pekerja oleh sebab rasa tidak
puas hati. Pekerja akan mengalami tekanan ekoran hubungan sosial yang tidak
baik sesama mereka. Guru-guru seharusnya mewujudlan hubungan yang mesra sesama
pengetua, guru-guru, para pelajar, ibu bapa pelajar serta kakitangan sekolah
adalah contoh dalam mewujudkan hubungan yang baik supaya tiada pertelagahan
antara satu sama lain.

Persekitaran kerja merupakan salah satu punca stress dimana ia berlaku
sekiranya wujud pertelagahan atau rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Sekiranya
persekitaran tersebut mempunyai manusia yang sombong, iri hati, baran serta
malas menjadikan satu bebanan yang perlu dihadapai sepanjang seharian bekerja.
Situasi ini telah mewujudkan pesekitaran yang tidak senang.

Seterusnya adalah melalui faktor motivasi iaitu salah satunya adalah
tugasan yang diberikan dimana mestilah mengikut tanggungjawab serta kemahiran
yang ada pada setiap diri pekerja itu sendiri. Sekiranya tugasan yang diberikan
tiada keadilan dan tidak mengikut kemahiran yang ada mencetuskan tekanan dalam
diri pekerja tersebut untuk melaksanakannya.

Pencapaian yang diletakkan oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat
yang ditetapkan. Setiap pekerja mempunyai tahap pencapaian yang tersendiri.
Sukar bagi mereka untuk mengikuti pencapaian syarikat sekiranya syarikat terus
menerus memaksa mereka untuk meningkatkan produktiviti mereka. Mereka
memerlukan masa sebaiknya dalam melaksanakan perkara tersebut.

Setiap pekerja meninginkan sesuatu penghargaan daripada organisai tersebut
tidak kira apa jua bentuk yang diberikan. Tidak adil bagi mereka sekiranya
mereka telah bertungkus lumus dalam mencapai matlamat organisasi dengan
sebaiknya tetapi organisasi tidak memberikan apa apa balasan kepada mereka.
Tekanan yang ada adalah seperti keletihan dan pemikiran bagi setiap tugas yang
dilaksanakan.

Akhir sekali adalah tanggungjawab. Menurut Azizi dan Jaafar Sidek (2005),
pekerja perlu diberikan kebebasan dan sedikit ruang serta kuasa dalam
melaksanakan tuga terseut. Hal ini kerana, terdapat juga sesebuah organisasi
yang sentiasa menyelia pekerja mereka seolah-olah tidak percaya kepada mereka.
Perkara ini telah menghadkan tugasan mereka dan mereka menjadi kurang selesa
untuk membuat kerja tersebut. 

x

Hi!
I'm Dora!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Click here