Dunia semakin maju hari demi hari. Inidibuktikan dengan kemajuan teknologi terkini dengan contoh yang paling dekatyang kita boleh lihat adalah telefon bimbit. Sekurang – kurangnya setiap bulanpasti ada model terbaru yang akan keluar di pasaran. Contoh lain yang bolehkita lihat adalah kemajuan aset – aset peperangan setiap negara yang dipamerkanmenerusi hari ulang tahun kemerdekaan negara tersebut. Selain itu, latihanketenteraan dan penembakan oleh negara – negara maju seperti Amerika Syarikat,Korea Utara dan sebagainya juga menunjukkan bahawa teknologi peperangan semakindititik beratkan.

        Seperti yang kita tahu, aset – asetketenteraan negara kita kini telah usang dan kerap kali digunakan untuk latihandan pengoperasian. Aset – aset ini sentiasa digunakan dan telah pun berusialebih satu dekad. Hal ini merunsingkan anggota yang menggunakan aset tersebutsama ada aset ini masih relevan dan selamat digunakan ataupun tidak. Tambahanpula, pihak atasan juga turut sama menanggung risiko jika aset tersebut terusmenerus digunakan untuk menjalankan operasi dan latihan. Antara risiko yang bakaldihadapi adalah kemalangan yang berpunca dari kegagalan aset tersebutberoperasi dan juga kerosakan yang dialaminya. Kos pembaikan yang semakinmeningkat dari tahun ke tahun cukup merumitkan keadaan di mana alat – alatganti sukar diperolehi. Demi mengurangkan kos selenggaraan, pihak atasan telahmemutuskan untuk menggantikan aset sedia ada demi mengurangkan risikokemalangan dan juga kos pengoperasian aset tersebut.

       Sebagaisebuah negara maritim, TLDM perlu menentukan kedaulatan perairan negarasentiasa terjamin. Kita amat memerlukan armada yang berkeupayaan melaksanakanpelbagai peranan bagi menangani cabaran dan isu maritim secara berkesan. Ketikaini, kapal-kapal TLDM telahpun menjangkau usia antara 30 ke 40 tahun. Mengambilkira keadaan itu, TLDM harus menggunakan pendekatan baru dan berfikir di luarkotak supaya jurang keupayaan TLDM tidak ketinggalan. TLDMtelah merancang program transformasi armadanya 15 To 5 dengan mengurangkankelas kapal daripada 15 ke 5 sahaja. Program ini bertujuan untuk memantaparmada di samping mengurangkan kos selenggaraan. Buat masa ini TLDM memiliki 15kelas kapal daripada 7 negara berlainan iaitu Korea Selatan, Jerman, Perancis,Itali, Sweden, United Kingdom dan tempatan.

Lima kelas kapal yang bakal mengisiarmada TLDM adalah kelas LCS (Littoral Combat Ship), kelas NGPV (NewGeneration Patrol Vessel), kelas LMS (Littoral Mission Ships), kelasMRSS (Multi-Role Support Ship) dan kelas kapal selam.       Kapal latihan, KD Hang Tuah bakalmenjadi kapal pertama ditamatkan perkhidmatan di bawah program ini dandigantikan dengan kapal latihan yang lain iaitu Kapal Latihan Gagah Samuderadan Kapal Latihan Teguh Samudera. Kapal kelas Laksmana yang terdiri daripada KDLaksmana Hang Nadim, KD Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Laksamana Muhammad Amindan KD Laksamana Tan Pusmah akan menyusul selepas itu. Perlucutan perkhidmatankelas Laksamana akan dibuat satu demi satu seiring dengan kemasukkan satupersatu kapal kelas LMS. Begitu juga dengan nasib kapal penyapu ranjau (minescounter-measure vessels) kelas Mahamiru. Giliran penamatan tauliah dibuatberdasarkan faktor jumlah hari berada di laut dan kos penyelengaraan sesebuahkapal.       Sebanyak 18 buah LMS akan menggantikanbeberapa kelas kapal dalam TLDM.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

LMS ini bakal melaksanakan tugasan rondaan ,kawalan sempadan dan seumpamanya. Oleh kerana memiliki bilangan kapalterbanyak, sudah pasti kos pembinaan, penyelenggaraan dan operasi LMS akandipastikan terendah. Dikatakan harga siling setiap LMS ini ditetapkan pada RM200 juta sahaja.Pada tanggal 01 November 2016,Malaysia sudah menandatangani perjanjian denganChina untuk pembinaan 4 buah LMS. 2 buah akan dibina di Malaysia dan 2 buahlagi akan disiapkan di China. Kapal pertama akan sedia untuk digunakan dalamtempoh 24 bulan. Korvet Type 056 milik People’s Liberation Army Navy(PLAN)memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh TLDM dan boleh menjadi asas pembinaanLMS ini. Berharga sekitar 50 juta Dolar Amerika (kira-kira RM 200 juta),optimum beroperasi di kawasan ‘green-water’ (kawasan pesisir pantai) danmampu menjalankan tugas terhad di kawasan laut terbuka serta berkebolehanmenjalankan pelbagai misi.

      Selain daripada kelas LMS, kelas MRSSturut menikmati kapal-kapal baru dengan penggantian sepenuhnya KD Sri InderaSakti dan KD Mahawangsa. Kedua-dua kapal ini telah berusia melepasi 30 tahundan menanggung bebanan kerja yang berlebihan. Siapa boleh lupa tragedi yangmenimpa KD Sri Inderapura dimana kapal terbesar dan terberat dalam inventoriTLDM ini telah musnah terbakar pada tahun 2009 dan sehingga kini tiadapengganti.Tiga lagi kelas akan menerima tambahan daripada jenis kapal yangsedia ada. NGPV diramalkan menokok 12 buah kapal kelas Kedah yang dibinadaripada cetakan biru MEKO 100 dengan ciri-ciri tambahan. Perancangan awal TLDMsekitar 1996 adalah untuk membina dan memiliki 27 buah kapal kelas Kedah.Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, hanya 6 buah kapalberjaya dibina dan kerajaan membatalkan terus program NGPV ini.

        Projek terhangat masakini TLDM adalahLCS yang kini sedang dibina di limbungan Boustead Heavy Industries Corporation(BHIC), Lumut Perak. Kapal pertama bakal diterima pada tahun 2019 iaitu kapalKD Maharajalela. Sebagai sebuah kapal tempur permukaan tercanggih, TLDMmerancang menambah 6 buah lagi LCS tidak termasuk 6 buah yang sedang dan akandibina. LCS ini dibina berasaskan kapal korvet kelas Gowind.Sebagai aset tempur bawah permukaan ternyata 2 buah Scorpene tidak mampumeliputi keluasan perairan negara yang luas. Oleh itu TLDM merancang menambah 2buah lagi Scorpene. Mungkin antara kelas terakhir yang akan melengkapkantransformasi ini.

Bukanlah rahsia kehadiran kapal selam mampu menggentarkanmana-mana armada laut walaupun dibarisi oleh kapal pengangkut pesawat (aircraftcarrier), kapal pemusnah (destroyer) mahupun kapal selam penyerang (attacksubmarine). Ibarat nila yang mampu merosakkan sebaldi susu.       Tidak dapat dipastikan program 15 To 5(15-5) ini akan melangkaui berapa Rancangan Malaysia sebelum terlaksana sepenuhnya.

Kerangka masa ini banyak dipengaruhi oleh faktor kewangan kerajaan. Kira-kiraRM 30 bilion diperlukan untuk program transformasi ini lengkap sepenuhnya. 4buah LMS yang bakal dbina akan menggunakan dana TLDM sendiri.

Mugkin diambildaripada peruntukan dan simpanan sedia ada TLDM. Faktor politik dalaman dangeopolitik rantauan turut memberi kesan kepada pelaksanaannnya. Tatkala ramairisau dengan kedudukan China di Laut China Selatan, Malaysia telah membelikapal permukaan daripada negara tersebut untuk memenuhi aspirasi 15 To 5 ini. Proses transformasi TLDMkini perlu dilihat dari tiga aspek yang berbeza iaitu dari segi hardwaremelibatkan aset-aset yang semakin canggih. Kedua aspek software dimanapenekanan diberi kepada elemen profesionalisme, prestasi serta dasar-dasar dandoktrin yang sejajar dengan peredaran masa. Ketiga ialah humanware iaituelemen modal insan Navy People yang bukan sahaja melibatkan anggota TLDM tetapilebih menyeluruh termasuk veteran TLDM. Walaupun telah menamatkan perkhidmatan,kita masih anggap mereka sebahagian daripada Navy People.

Sumbangan sertapengorbanan mereka tidak boleh dinilai dan amat dihargai oleh perkhidmatanTLDM. Aspek pembangunan modal insan sangat ditekankan dalam TLDM. Setiap NavyPeople ada peranan masing-masing dan sumbangan mereka harus dihargai dandiiktiraf. Pada masa sama, kita perlu sentiasa mencabar kebolehan mereka dalammempertingkatkan prestasi Navy People.

       Pelbagaicabaran yang perlu dihadapi dalam menjayakan Transformasi 15 to 5 ini.Antaranya ialah anggota Navy People perlu bersedia dari segi fizikal dan mentaldalam menerima kapal – kapal baru yang memerlukan tenaga – tenaga mahir untukmengoperasikan kapal tersebut. Anggota TLDM perlu dihantar untuk menjalanikursus lanjutan untuk mempelajari penggunaan sistem – sistem baru yang terdapatdi kapal tersebut terutama kapal LCS dan kapal LMS. Selain itu, anggota TLDMperlu berfikiran minda kelas pertama seiring dengan perubahan dan TransformasiArmada yang berlaku sekarang. Tambahan pula, pihak pengurusan perlumeningkatkan lagi pengambilan anggota – anggota baru kerana perjawatan barutelah dibuka di unit – unit baru.

Pengambilan anggota baru perlu seiring dengankepakaran yang diperlukan di kapal – kapal baru. Kesannya kita tidak akan nampakdalam sehari dua. Namun, ia memerlukan masa yang panjang untuk merealisasikantransformasi ini. Hasilnya, TLDM akan memperolehi tenaga kerja yang mahir danberkarisma tinggi dalam menjalankan tugas masing – masing.

     Kesimpulannya,untuk menjadi negara yaang hebat dari segi aset peperangan adalah mustahiluntuk jangka masa singkat. Tetapi dengan kehadiran kapal – kapal baru, Malaysiaboleh menjadi sebuah negara yang digeruni oleh negara – negara di rantau AsiaTenggara kerana memiliki aset peperangan yang canggih. Sumber Rujukan:1.   TLDM perkenal program ’15 to 5′ untuklebih efektif – Nasional – UtusanOnline-m.

utusan.com.my>berita>perhttps://www.google.

com/url?sa=t=web=http://m.utusan.com.

my/berita/nasional/tldm2.   wiraArjuna: Malaysia : TLDM ProgramTransformasi 15 To 5 (15-5) –http://wiraarjuna.blogspot.my/2016/11/malaysia-tldm-program-transfomasi-15.html?m=1