BAB5RUMUSAN,PERBINCANGAN DAN CADANGAN5.

1 PengenalanBab 5 merupakanbab yang terakhir dalam kajian ini. Perbincangan secara ringkas tentang bab-babsebelum ini akan dibentangkan dalam bab ini. Selain itu, perbincangan hasilkajian akan dibentangkan bagi mengenal pasti objektif kajian ini dapat dicapai.Implikasi-implikasi yang dibincang oleh pengkaji adalah berdasarkan hasilperbincangan yang telah dijalankan. Akhirnya, cadangan yang dikemukakan harapdapat memanfaatkan pihak-pihak berkenaan supaya dapat meningkatkan hasratkeusahawanan pelajar. 5.2 Ringkasan KajianKajian inidijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi hasrat pelajarCina menceburi bidang keusahawanan. Tujuan kajian ini adalah melihat faktorlatar belakang keluarga, motivasi dan sikap terhadap hasrat keusahawananpelajar Cina.

Pengkaji telah memilih sebanyak 171 orang pelajar sebagai sampelkajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar Cina tingkatan empat di SMJK TsungWah. Pengkaji telah membina tiga objektif kajian dan pada masa yang samamembina tiga persoalan kajian daripada objektif kajian yang hendak dijalankan.Dalam bab 1, kerangka teori juga dibentuk bagi membolehkanpembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini dilihat secara jelas.            Dalam bab 2 pula, kajian-kajianlepas yang berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi pelajar menceburi bidangkeusahawanan telah dibincangkan secara teliti bagi menyokong kajian ini.Setelah pengkaji membuat tinjauan yang lebih lanjut, pengkaji mendapatiterdapat tiga faktor yang sering dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji lepas iaitufaktor latar belakang keluarga, motivasi dan sikap dalam mempengaruhi pelajarmenceburi bidang keusahawanan. Oleh itu, pengkaji telah menetapkan ketiga-tigafaktor ini dalam kajian ini.

Pengkaji juga mengemukakan teori dan model yangberkaitan dengan kajian ini iaitu Teori Tingkah Laku dan Model ProsesPembentukan Usahawan dalam bab 2.            Seterusnya dalam bab 3, pengkajimembentang metodologi yang digunakan semasa kajian dijalankan. Reka bentukkajian, persampelan, instrumentasi, prosedur kajian, kebolehpercayaan kajian,kajian rintis dan kaedah penganalisisan data merupakan metodologi yangdikemukakan dalam bab 3.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Pengkaji menggunakan perisian SPSS versi 23 semasamenguji kebolehpercayaan item-item yang terdapat dalam borang soal selidik danmenjalankan kajian rintis. 30 orang pelajar Cina di SMJK Shing Chung dipilihmenjalankan kajian rintis bagi mengenal pasti nilai Cronbach Alpha yang perlumendapat sekurang-kurangnya 0.6 sebelum melaksanakan kajian sebenar. Dapatankajian rintis telah dinyatakan dalam bab 3.            Bab 4 pula menjelaskan dapatankajian yang diperoleh daripada borang soal selidik yang diedarkan kepadapelajar Cina di SMJK Tsung Wah. Analisis yang dijalankan adalah untukmenjelaskan segala persoalan yang dinyatakan dalam kajian ini.

Perisian SPSSversi 23 juga digunakan dalam bab 4 semasa analisis data dilakukan. Borang soalselidik terdapat lima bahagian di mana bahagian A merupakan maklumat demografidan dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Data bahagian b, c dan ddianalisis menggunakan pengukuran nilai min dan sisihan piawai. Manakalabahagian e pula dianalisis menggunakan kolerasi Spearman bagi mengenal pastihubungan antara faktor dengan hasrat keusahawanan dalam kajian ini.

  5.3 Perbincangan Dapatan5.3.1 PerbincanganDapatan Persoalan Kajian 1: Apakah faktor yang mempengaruhi pelajar sekolah Cinamempunyai hasrat menceburi bidang keusahawanan?Dalampersoalan kajian ini, pengkaji telah menganalisis ketiga-tiga faktor iaitulatar belakang keluarga, motivasi dan sikap. Penyataan bagi faktor latarbelakang keluarga yang mendapat nilai min paling tinggi ialah keluarga sayaakan bersetuju dengan keputusan saya untuk memulakan perniagaan di mana nilaimin sebanyak 3.42 dan sisihan piawai 1.245.

Dapatan ini adalah selari denganAli (2016) dalam kajiannya yang mendapat persetujuan sebanyak 78%. Manakalapenyataan saya hendak meneruskan perniagaan milik keluarga mendapat nilai minyang paling rendah iaitu 2.33 dan sisihan piawai 1.418.                 Seterusnya, respondenberpendapat mempunyai kuasa membuat keputusan merupakan faktor motivasi yangmempengaruhi pelajar sekolah Cina mempunyai hasrat menceburi bidangkeusahawanan.

Penyataan ini mendapat nilai min yang paling tinggi iaitu 3.95dan sisihan piawai 1.152. Kajian lepas Brancu et.al (2012), kepentinganmempunyai kuasa membuat keputusan dalam faktor motivasi telah mendapat 44.30%.

Ini selaras dengan dapatan kajian pengkaji. Skor min yang paling rendah adalah3.10 dan sisihan piawai 1.286 di mana responden kurang berpendapat menjaditerkenal adalah faktor yang mempengaruhi mereka mempunyai hasrat keusahwanan.                 Skor min yang paling tinggidalam faktor sikap pula ialah 3.

82 dan sisihan piawai 1.216 di mana jika sayamempunyai peluang dan sumber, saya ingin memulakan perniagaan. Menurut Ali(2016), terdapat 80% yang setuju bahawa mereka akan memulakan perniagaan jikamereka mempunyai peluang dan sumber. Manakala skor min yang paling rendahadalah 2.98 dan sisihan piawai 1.166 dengan penyataan menjadi seorang usahawanadalah satu tarikan kepada saya. Kesimpulannya, faktor latar belakang keluarga,motivasi dan sikap merupakan faktor yang mempengaruhi pelajar sekolah Cinamempunyai hasrat menceburi bidang keusahawanan.  5.

3.2  Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 2: Apakahfaktor dominan yang mempengaruhi pelajar sekolah Cina mempunyai hasratmenceburi bidang keusahawanan?Berdasarkandata yang dianalisis, pengkaji mendapati antara faktor-faktor yang mempengaruhipelajar sekolah Cina mempunyai hasrat menceburi bidang keusahawanan adalahfaktor motivasi. Faktor motivasi merupakan faktor dominan yang mempengaruhihasrat pelajar Cina menceburi bidang keusahawanan. Ini kerana faktor motivasimendapat skor min yang paling tinggi iaitu 3.59 dan sisihan piawai 0.

7513.Seterusnya, faktor sikap hanya mendapat nilai min sebanyak 3.26 dan sisihanpiawai 0.9374. Manakala faktor latar belakang keluarga mendapat skor min yangpaling rendah iaitu 2.72 dan sisihan piawai 0.

9082.                 Tahap penilaian skor min yangdisediakan dalam bab 3 telah memberi kedudukan kepada faktor-faktor yangmempengaruhi pelajar Cina mempunyai hasrat menceburi bidang keusahawanan yangberdasarkan skor min. Tahap kedudukan yang paling tinggi adalah faktor motivasidiikuti faktor sikap yang mendapat tahap kedudukan sederhana dan faktor latarbelakang mendapat tahap kedudukan rendah. Ini dapat dilihat tahap kedudukanfaktor secara tidak langsung adalah sama dengan skor min.                  Kesimpulannya, faktor motivasimerupakan faktor dominan yang mempengaruhi pelajar sekolah Cina mempunyaihasrat menceburi bidang keusahawanan. Ini disokong oleh Tanveer (2013) yangberpendapat faktor motivasi penting dalam mempengaruhi pelajar Pakistanmenceburi bidang keusahawanan dan Mmakgabo (2014) yang menyatakan motivasipenting dalam menterjemahkan niat keusahawanan ke dalam sesuatu tindakanpelajar Afrika Selatan.  5.

3.3      PerbincanganDapatan Persoalan Kajian 3: Adakah terdapat hubungan antara faktor latarbelakang, motivasi dan sikap dengan hasrat keusahawanan pelajar sekolah Cina?Dalampersoalan ketiga, pengkaji telah menganalisis hubungan antara faktor latarbelakang keluarga, motivasi dan sikap dengan hasrat keusahawanan pelajarsekolah Cina. Analisis yang pertama dijalankan merupakan faktor latar belakangkeluarga dengan hasrat keusahawanan pelajar sekolah Cina. Menerusi analisiskolerasi Spearman yang dijalankan, nilai p adalah 0.000 yang kurang daripadanilai aras signifikasi 0.05 telah menunjukkan terdapat hubungan positif yangsignifikasi antara faktor latar belakang keluarga dan hasrat keusahawananpelajar Cina.

Manakala nilai r adalah 0.457 juga menandakan terdapat hubungan yangsederhana antara faktor latar belakang keluarga dan hasrat keusahawanan pelajarsekolah Cina. Ini menyamai kajian lepas Mazlina dan Maitilee (2015) yangmendapati latar belakang keluarga mempunyai hubungan yang positif dalammempengaruhi pelajar menceburi bidang keusahawanan.

Bagheri dan Pihie (2010) juga berpendapat bahawalatar belakang keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi pelajar menceburibidang keusahawanan.                 Selain itu, analisis antarafaktor motivasi dan hasrat pelajar Cina menceburi bidang keusahawanan telahdijalani. Hubungan positif yang signifikasi antara faktor motivasi dan hasratkeusahawanan pelajar Cina telah ditunjukkan kerana analisis yang dijalankanmendapat nilai p 0.000 di mana nilai p kurang daripada nilai aras signifikasi0.05. Nilai r sebanyak 0.513 juga didapati semasa analisis kolerasi Spearmandijalankan.

Berdasarkan jadual anggaran kekuatan perhubungan di bab 3, inimewakili hubungan yang kuat antara faktor motivasi dan hasrat keusahawananpelajar sekolah Cina di mana kajian lepas Marini? (2014) juga berpendapatterdapat hubungan positif antara faktor motivasi dengan hasrat keusahawanan.                 Analisis faktor sikap danhasrat pelajar Cina menceburi bidang keusahawanan juga dijalankan. Pengkajimendapat nilai r 0.

775 dan nilai p 0.000 setelah data kajian dianalisis.Hubungan positif yang signifikasi antara faktor sikap dan hasrat pelajarsekolah Cina menceburi bidang keusahawanan dapat dibuktikan kerana nilai p yangkurang daripada nilai aras signifikasi 0.

05. Manakala nilai r menunjukkanterdapat hubungan yang sangat kuat antara faktor sikap dan hasrat keusahawananpelajar Cina. Ini selaras dengan kajian lepas Nabila dan Haryani (2016) yangberpendapat terdapat hubungan yang sangat kuat antara faktor sikap dan hasratkeusahawanan.                  Kesimpulannya, faktor latarbelakang keluarga, motivasi dan sikap mempunyai hubungan yang positif denganhasrat keusahawanan pelajar Cina. Walau bagaimanapun, pengkaji mendapati faktorsikap mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan hasrat keusahawanan pelajarCina antara ketiga-tiga faktor. Ini disokong oleh Kabir et.al. (2017) yang berpendapatfaktor sikap mempunyai hubungan yang kuat dengan hasrat keusahawanan dalam kajianlepasnya.

  5.4 Implikasi KajianKajian inidijalankan disebabkan kekurangan kajian lepas tentang faktor yang mempengaruhipelajar Cina mempunyai hasrat menceburi bidang keusahawanan. Implikasi terhadappelbagai pihak dapat dikemukakan oleh pengkaji apabila kajian ini berjayadilaksanakan. Implikasi kajian telah dibentang dari segi teori dan praktikal.

            Dalam bidang akademik, kajian initelah memberi sumbangan seperti menambah pengetahuan saintifik yang berfokuskepada bangsa Cina. Ini kerana pengkaji mendapati kajian lepas tentang faktoryang mempengaruhi pelajar atau mahasiswa dalam menceburi bidang keusahawananadalah banyak tetapi kajian yang berfokus dalam bangsa lebih-lebih lagi bangsaCina adalah terhad. Apabila kajian ini dilaksanakan, bidang akademik dapatmenambah lagi kajian yang berfokus kepada bangsa Cina sahaja. Skop sasarankajian yang kecil ini dapat membantu pihak-pihak yang berminat lagi memahamibangsa tersebut. Manakala sumbangan kepada literature juga dapat dilakukansecara tidak langsung. Ini boleh membantu pengkaji-pengkaji lain yang inginmembuat kajian yang berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi pelajar Cinamempunyai hasrat menceburi bidang keusahawanan mempunyai rujukan atau sokonganyang lain.             Selain itu, kajian ini juga bolehmenjadi salah satu sumber yang memberi kesedaran kepada pelajar yang berminat dalambidang keusahawanan.

Apabila pelajar mempunyai kesedaran diri dalam bidangkeusahawanan, pelajar dapat mengambil langkah dalam memulakan usaha ke arahmenceburi bidang keusahawanan. Para pelajar boleh mengkaji cara memulakan danmengekalkan perniagaan mereka dari awal lagi. Usaha dari awal ini membantupelajar berjaya dalam bidang keusahawanan daripada pelajar lain.            Kajian ini juga dapat membantu pihaksekolah lebih memahami hasrat pelajar dalam memilih kerjaya khususnya menceburibidang keusahawanan pada masa depan.

Pihak sekolah memainkan peranan yangpenting dalam mendorong pelajar melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Inikerana pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan bidangkeusahawanan supaya pelajar yang berminat dapat menyertai dan mendapatpengalaman. Penyertaan dan pengalaman amat penting kepada pelajar yang berminatmenyertai bidang keusahawanan kerana pengalaman membantu mereka lebih mudahmengendali sesuatu perniagaan. Aktiviti keusahawanan yang diadakan juga secaratidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar yang berminat ataumenanam minat dalam kalangan pelajar lain.            Di samping itu, data yang diperolehijuga dapat membantu Kementerian Pendidikan dalam merangka program dan seminaryang berkaitan dengan bidang keusahawanan kepada pelajar yang berminat.

Melaluiprogram yang diadakan, pelajar dapat menambah pengetahuan, kemahiran dan pengalamanpelajar terhadap bidang keusahawanan. Kajian ini juga dapat membantu pihakkementerian dalam merangka kurikulum yang lebih sesuai jika berlakuketidaksesuaian atau kekurangan dalam kurikulum perniagaan yang sedia ada. Inikerana kurikulum yang berkesan harus diubah atau ditambahbaik dari semasa kesemasa. Oleh itu, pengkaji berharap bidang keusahawanan dalam masyarakat Cinadapat ditingkatkan dan seterusnya dapat memajukan ekonomi negara.  5.5 CadanganBerdasarkan kajianini, pengkaji mempunyai beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan pada masadepan. Pengkaji mencadang kajian ini boleh dijalankan secara menyeluruh kepadasemua pelajar Cina di seluruh Malaysia. Ini kerana pengkaji hanya menggunakan pelajarCina dalam sebuah sekolah menengah sebagai responden kajian sahaja.

Respondenkajian yang dijalankan secara menyeluruh membolehkan hasil kajian yang lebihmenyeluruh dan tepat.            Selain itu, pengkaji juga mencadangresponden kajian boleh dikembangkan kepada bangsa lain seperti Melayu, Indiadan lain-lain kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagaibangsa. Bangsa lain juga menceburi bidang keusahawanan bukan sahaja bangsaCina.

Ini dapat membantu pelbagai pihak lebih memahami bangsa-bangsa lainterhadap bidang keusahawanan.            Kajian ini juga boleh dilaksanakanke pelbagai peringkat dan bukan sahaja berfokus kepada pelajar sekolahmenengah. Responden boleh diluaskan kepada pelajar STPM, matrikulasi, diploma,sarjana atau doktor falsafah supaya dapat lebih memahami pendapat pelajar daripelbagai peringkat terhadap bidang keusahawanan.            Di samping itu, pengkaji inginmencadangkan beberapa item soal selidik boleh ditambah dalam kajian sepertimenambah faktor yang mempengaruhi pelajar Cina mempunyai hasrat menceburibidang keusahawanan. Ini dapat meluaskan hasil kajian daripada tiga faktorsahaja dan pada masa yang sama dapat lebih memahami faktor lain yangmempengaruhi pelajar Cina menceburi bidang keusahawanan.   5.

6 KesimpulanKajian ini memberipenekanan kepada tiga faktor yang telah mempengaruhi pelajar sekolah Cinamempunyai hasrat menceburi bidang keusahawanan. Ketiga-tiga faktor tersebutadalah latar belakang keluarga, motivasi dan sikap. Pengkaji akan memilihfaktor tersebut kerana pengkaji mendapati kebanyakan kajian lepas telah memilihketiga-tiga faktor sebagai pembolehubah kajian mereka. Sokongan daripada kajianlepas telah menyakinkan lagi pengkaji untuk memilih ketiga-tiga faktor inisebagai pembolehubah kajian ini. Menerusi kajianini, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa faktor dominan yang mempengaruhihasrat keusahawanan pelajar Cina adalah faktor motivasi. Ini selaras dengankajian lepas yang bependapat motivasi merupakan faktor yang mendorong pelajarmenceburi bidang keusahawanan di mana Osabiya (2015) menyatakan motivasi adalahdorongan yang menyebabkan seseorang cuba mencapai matlamat tertentu. Selain itu, ketiga-tigafaktor mempunyai hubungan yang positif dengan hasrat keusahawanan pelajar Cina.Walau bagaimanapun, pengkaji mendapati faktor sikap mempunyai hubungan yangsangat kuat dengan hasrat keusahawanan pelajar Cina.

Kajian lepas Rahimi danAishah (2017) juga berpendapat faktor sikap penting dalam mendorong pelajarmenceburi bidang keusahawanan. Secarakeseluruhannya, pengkaji dapat mencapai objektif kajian dalam mengenal pastifaktor latar belakang keluarga, motivasi dan sikap mempengaruhi hasrat pelajarCina menceburi bidang keusahawanan. Pengkaji berharap kajian ini dapatmemanfaat kepada bakal pengkaji pada masa depan.