BAB 3    METODOLOGI    3.0       Pendahuluan Bab3 iaitu bab metadologi menerangkan secara terperinci kaedah dan prosedurpengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini. Bab ini menerangkan reka bentukpenyelidikan, sampel, instrumen penyelidikan, prosedur kajian, pengumpulan datadan cara menganalis data.   3.1       Reka Bentuk Kajian Kaedahpenyelidikan kajian ini ialah kuasi-eksperimental kerana reka bentuk inidigunakan untuk menilai keberkesanan suatu program terhadap responden yangdipilih. Dalam konteks kajian ini integrasi animasi gerak pegun (AGT-K1) merupakanprogram yang digunakan untuk menilai keberkesanannya terhadap penguasaanKonstruk Satu. Reka bentuk yang digunakan dalam kaedah penyelidikankuasi-eksperimental ialah reka bentuk ujian pra-pasca. Reka bentuk inimengandungi dua kumpulan responden, satu sebagai kumpulan rawatan dan yang satulagi sebagai kumpulan kawalan.

             Dalamkajian ini murid pemulihan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dijadikansebagai kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan respondendiukur tahap penguasaaan kemahiran Konstruk Satu melalui instrumen ujian pra,kemudian kumpulan rawatan mengikuti integrasi AGT-K1. Kedua-dua kumpulandinilai sekali lagi dengan ujian pasca untuk menentukan tahap penguasaankemahiran Konstruk Satu bagi setiap abjad.

Rajah 3.1 menunjukkan rumusan rekabentuk ujian pra-pasca bagi kumpulan rawatan dan kawalan. Peserta Kajian Murid Pemulihan Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan Ujian Pra Ujian Pra Rawatan AGP-K1 Ujian Pasca Ujian Pasca            Rajah3.1. Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca3.

2       Peserta Kajian Pesertadalam kajian ialah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang dirujuk jugasebagai responden. Pensampelan dalam kajian ini dilakukan berasaskan secarabukan kebarangkalian, yakni dilakukan secara tidak rawak. Pensampelan tidakrawak melibatkan pemilihan sampel daripada sebuah populasi yang telahdikenalpasti berasaskan kriteria yang ditetapkan.              Dalam konteks kajian ini populasiialah murid pemulihan dan peserta kajian melibatkan murid pemulihan dariSekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dari sekolah Zon A di Daerah Port Dicksondi mana mereka yang belum menguasai kemahiran Konstruk Satu secara sepenuhnya.Saiz peserta kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah 42 orang murid. Murid-muriddiagihkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang masing-masingterdiri daripada 21 orang murid seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

1. Jadual3.1Pengagihan PesertaKajian Peserta Kajian Jumlah Peserta Kajian Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Kumpulan Rawatan 21 Kumpulan Kawalan 21   3.3       Instrumen Kajian Instrumenkajian digunakan untuk menguji hipotesis sesuatu kajian. Dalam kajian iniinstrumen yang dirujuk ialah instrumen yang sedia dicetak iaitu instrumen UjianSaringan Literasi dan Numerasi (LINUS 2.0) yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bersesuaian dengan kajian ini, instrumen yang baru dibina untuk Konstruk Satu sahajayang terdiri daripada lima huruf vokal dan 21 huruf konsonan kerana UjianSaringan Literasi dan Numerasi (LINUS 2.0) mengandungi 12 Konstruk untuk diuji.Jenis instrumen yang digunakan ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian.Ujian pencapaian mengukur pengetahuan atau kemahiran individu dalam sesuatubidang atau subjek.

Untuk kajian ini peserta kajian diukur tentang pengetahuankemahiran menamakan 26 huruf abjad, membunyikan lima huruf vokal dan menulis 26abjad.   3.3.1       UjianPra Terdapatdua instrumen untuk ujian pra iaitu Instrumen Ujian Pra Lisan seperti diLampiran A dan Instrumen Ujian Pra Menulis seperti di Lampiran C. Instrumen inidilaksanakan sebelum rawatan untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Ujianini dilaksanakan oleh Guru Pemulihan. Jadual 3.2 menunjukkan senarai ujian pra yangdilaksanakan dalam kajian ini.   Jadual3.2Senarai Ujian Pra Ujian Pra Instrumen Manual Pentadbiran BPPI Lisan Uijan Pra Lisan Lampiran A Manual Pentadbiran Ujian Pra Lisan Lampiran B Manual Menulis Ujian Pra Menulis Lampiran C Manual Pentadbiran Ujian Pra Menulis Lampiran D   3.3.1.

1 UjianPra Lisan UjianPra Lisan mengandungi lima huruf vokal dan 21 huruf konsonan. Ujian Pra Lisan iniperlu dilaksanakan secara individu. Murid digalakkan duduk sebelah pentaksirketika pentaksiran dilaksanakan. Setelah kesemua huruf ditaksir, guru tidakboleh mentaksir semula dan pentaksir tidak dibenarkan menyebut huruf.

Setiap bahagianyang dikuasai hendaklah diisi dalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)dengan menggunakan dakwat berwarna hitam dan biru sahaja. Sila rujuk Lampiran Buntuk Manual Pentadbiran Ujian Pra Lisan dan Borang Pelaporan PenguasaanIndividu (BPPI).   3.3.

1.2 UjianPra Menulis UjianPra Menulis mengandungi lima huruf vokal dan 21 huruf konsonan. Ujian PraMenulis ditadbir secara individu.

Murid duduk sebelah pentaksir ketikapentaksiran dilaksanakan. Ujian ditadbir mengikut huruf vokal dan urutan hurufkonsonan. Guru tidak boleh mentaksir semula dan pentaksir perlu menyebut hurufdengan jelas serta jawapan diterima sekiranya murid menulis huruf besar.Pentaksir mesti menanda ujian dan setiap bahagian yang dikuasai hendaklah diisidalam Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang sama dengan menggunakandakwat berwarna hitam dan biru sahaja.

Sila rujuk Lampiran D untuk ManualPentadbiran Ujian Pra Menulis dan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI).   3.3.

2    UjianPasca UjianPasca Lisan dan Ujian Pasca Menulis dilaksanakan selepas rawatan untuk kumpulanrawatan dan kumpulan kawalan selepas mengikuti proses pengajaran yang biasa dalamkajian ini. Instrumen yang digunakan dalam ujian pasca adalah sama dengan ujianpra dan menggunakan manual pentadbiran yang sama seperti dalam lampiran E, F, Gdan H tetapi menggunakan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yangberbeza untuk merekodkan penguasaan murid seperti dalam Jadual 3.3. Jadual3.3Senarai Ujian Pasca Ujian Pasca Instrumen Manual Pentadbiran BPPI Lisan Uijan Pasca Lisan Lampiran A Manual Pentadbiran Ujian Pasca Lisan Lampiran B Manual Menulis Ujian Pasca Menulis Lampiran C Manual Pentadbiran Ujian Pasca Menulis Lampiran D  3.4       RawatanAnimasi Gerak Pegun, AGT-K1 Animasigerak pegun adalah salah satu teknik animasi yang paling menyeronokkan. Kameradigital dan komputer merupakan media asas yang diperlukan untuk membangunakaninteraksi multimedia ini. Dalam konteks kajian ini huruf vokal dan hurufkonsonan dianimasikan dengan menggunakan tanah liat dalam aplikasi animasigerak pegun.

Animasi gerak pegun dapat membuat huruf vokal dan huruf konsonantidak bernyawa kelihatan seolah-olah masih hidup.  Denganmenggunakan kamera digital, pembentukkan huruf dengan tanah liat diambilsehingga membina satu huruf yang lengkap. Jumlah gambar yang diambil bergantungkepada saiz abjad seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

2. Akhir sekali, imejdimasukkan ke dalam perisian WindowsMovie Maker untuk penyuntingan video. Imej yang diambil dimasukkan dalamperisian Windows Movie Maker mengikutcara menulis huruf yang betul dari peringkat awal hingga ke akhir. Setiap abjadakan diiringi dengan audio menamakan huruf vokal dan huruf konsonan,membunyikan huruf vokal dan perkataan bagi mengukuhkan lagi pemikiran muridseperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

3 dan Rajah 3.4.  Hasilakhir video boleh dimainkan dengan menggunakan Windows Media Player ketika interaksi dijalankan.

Secarakeseluruhan proses kerja bagi membina video animasi gerak pegun untuk hurufvokal dan huruf konsonan ditunjukkan dalam Rajah 3.5. Sila rujuk Lampiran Iuntuk Manual Panduan dan isi kandungan yang terdapat dalam multimediainteraktif AGT-K1.

            Rajah3.2.Gambar dari Kamera, Gambar Objek dan Audio (GambarObjek dipetik dari Sumber Internet, GoogleImages)            Rajah 3.3.Penyuntingan dalam Windows Movie Maker              Rajah 3.

4. Video AnimasiGerak Pegun dengan Gambar dan Audio(Gambar Objek dipetik dari SumberInternet, Google Images)           Rajah 3.5.Proses Kerja Penyediaan Video Animasi Gerak Pegun untuk Huruf Vokal dan HurufKonsonan (AGT-K1)   3.5       Kaedah Pengumpulan Data  Kumpulanrawatan akan mengikuti rawatan selama seminggu pada waktu proses pengajaran danpembelajaran dengan mengintegrasi AGT-K1 manakala kumpulan kawalan akanmengikuti pembelajaran seperti biasa. Rawatan ini akan diteruskan selamaseminggu dan kemudian ujian pasca akan ditadbirkan.

Data akan dikumpulkan sertadianalisis dengan menggunakan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) danSistem Program Statistical Package forthe Social Sciences (SPSS).             Guru akan menandakan tahappenguasaan murid mengikut huruf yang ditaksir. Jadi guru perlu menandakan 26 bahagianujian pra lisan, menulis dan lima bahagian bagi membunyikan huruf vokal denganmenggunakan tanda (1) jika dapat membuatnya dengan betul manakala tanda (0)jika tidak dapat membuat bahagian tersebut.              Selepas instrumen ditadbir secaratelus dan ikhlas data yang diperolehi diisi dalam Borang Pelaporan PenguasaanIndividu (BPPI) seperti dalam Jadual 3.4. Borang berasingan digunakan ketikamelaksanakan ujian pra dan pasca. Proses yang sama digunakan ketikamelaksanakan ujian pasca tetapi harus menggunakan Borang Pelaporan PenguasaanIndividu (BPPI) ujian pasca seperti dalam Jadual 3.5.

Pengukuran datadilabelkan sebagai /U1/ untuk data ujian pra bagi kumpulan rawatan dan /U2/ untukdata ujian pra bagi kumpulan kawalan manakala /U3/ untuk data ujian pasca bagikumpulan rawatan dan /U4/ untuk data ujian pasca bagi kumpulan kawalan.  Jadual3.4Borang PelaporanPenguasaan Individu (BPPI) Ujian Pra BORANGPELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (BPPI) NAMA MURID:______________________                      KELAS:_______________________                      TAHUN: _______________ Huruf Ujian Pra Penguasaan Menamakan Membunyikan Menulis Menguasai Tidak Menguasai a           e           i           o           u           b           c           d           f           g           h           j           k           l           m           n           p           q           r           s           t           v           w           x           y           z           Pengusaan Keseluruhan     Nama Guru     : Tandatangan   : Jadual3.5Borang PelaporanPenguasaan Individu (BPPI) Ujian Pasca BORANGPELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU (BPPI) NAMA MURID:______________________                      KELAS:_______________________                      TAHUN: _______________ Huruf Ujian Pasca Penguasaan Menamakan Membunyikan Menulis Menguasai Tidak Menguasai a           e           i           o           u           b           c           d           f           g           h           j           k           l           m           n           p           q           r           s           t           v           w           x           y           z           Pengusaan Keseluruhan     Nama Guru     : Tandatangan   : 3.

6       Penganalisisan Data Datayang dikumpul dalam Borang Penguasaan Pelaporan Individu (BPPI) dipindahkan keSistem Program Statistical Package forthe Social Sciences (SPSS) bagi menganalisisnya.  3.6.1    Data Kumpulan Rawatan Carauntuk memindahkan data kumpulan rawatan dalam Sistem Program Statistical Package for the Social Sciences(SPSS) adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.6. Data direkodkanuntuk 21 peserta kajian bagi kemahiran menamakan abjad, membunyikan huruf vokaldan menulis abjad.  Jadual3.6Rekod Data Kumpulan Rawatan dalam SistemProgram Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)  Peserta   Kumpulan Rawatan   ?-U1 N ?-U1 B ?-U1 T Pra Rawatan – /?/ ?-U3 N ?-U3 B ?-U3 T Pasca Rawatan – /?/   1                                                           21                    Nota, U1= data ujian pra kumpulan rawatan; U3 = data ujian pasca kumpulan rawatan; ? =abjad; N = menamakan huruf; B = membunyikan huruf; T = kemahiran menulis3.

6.2    Data Kumpulan Kawalan Carauntuk memindahkan data kumpulan kawalan dalam Sistem Program Statistical Package for the Social Sciences(SPSS) adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.7. Data direkodkanuntuk 21 peserta kajian bagi kemahiran menamakan abjad, membunyikan huruf vokaldan menulis abjad.  Jadual3.

7Rekod Data Kumpulan Kawalan dalam SistemProgram Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)  Peserta   Kumpulan Kawalan   ?-U2 N ?-U2 B ?-U2 T Pra Kawalan – /?/ ?-U4 N ?-U4 B ?-U4 T Pasca Kawalan – /?/   1                                                           21                    Nota, U2= data ujian pra kumpulan kawalan; U4 = data ujian pasca kumpulan kawalan; ? =abjad; N = menamakan huruf; B = membunyikan huruf; T = kemahiran menulis             Salinan pemindahan data dari BorangPenguasaan Pelaporan Individu (BPPI) bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalanke Sistem Program Statistical Package forthe Social Sciences (SPSS) boleh dirujuk dalam Lampiran J.  3.6.

3    Analisis Data Ujiant sampel bersandar (paired samples t-test)digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data sama ada terdapat perbezaanyang signifikan pada skor min untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.Ujian t sampel bersandar dilaksanakan mengikut prosedur klik Analisis, pilih Compare Means, pilih Ujian t sampelbersandar dan masukkan kedua-dua pemboleh ubah yang ingin diuji ke dalam kotak Paired Variables untuk menginterprestasidata. Dua jadual akan dipaparkan iaitu PairedSamples Statistics dan Ujian t sampel bersandar. Sila rujuk Jadual 3.8untuk memindahkan data dari sistem. Nilai signifikan Sig.

(2-tailed) dilihatdari jadual Ujian t sampel bersandar dan jika nilai ini kurang daripada 0.05maka terdapat perbezaaan yang signifikan antara dua skor yang diuji dan adalahsebaliknya jika nilainya melebihi 0.05. Sekiranya terdapat perbezaan, nilai minakan dilihat sama ada skor menurun atau meningkat untuk mengenal pastihipotesis diterima atau ditolak. Jadual3.

8Jadual untuk Memindahkan Data dari PairedSamples Statistics dan Ujian t sampel bersandar.  Ujian Kumpulan Bilangan, n Skor Min Sisihan Piawai Nilai t Sig. (2-tailed) Pra Rawatan /?/ Kawalan /?/           Pasca Rawatan /?/ Kawalan /?/            Nota, ? =abjad3.7       Penutup Sebagai rumusan untuk bahagian ini, pengkaji telahmenggunakan maklumat dan pemilihan metodologi kajian berdasarkan pembacaan danpemilihan metodologi daripada hasil kajian pengkaji lain. Bahagian ini dibincangkansecara menumpu kepada cara untuk mengumpul data dan memberi gambaran awal sertagaris panduan kepada pengkaji tentang cara pelaksanaan kajian ini agar pengkajidapat menjalankan kajian dengan lebih berkesan.