Analisa semiotik telah diperkenalkanoleh Ferdinand de Saussure juga merupakan pengasas semiologi. Manakala Piercepula dikenali sebagai pengasas semiotik (Berger, 2000). Menurut Danesi (2004),kedua-duanya mempunyai persamaan dalam menganalisa berkenaan tanda namunmelalui pendekatan yang berbeza. Merujuk teori Ferdinand de Saussure, kajianmengenai tanda tidak terkecuali daripada dua perkara iaitu tanda (signifier) dan penanda (signified). Lain pula pendapat bagi Peirceyang mengetengahkan tiga perkara iaitu ikon, indeks dan simbol (Danesi, 2004).

Peirce mengemukakan tanda adalah sesuatuyang berbentuk fizik yang dapat dikenali oleh pancaindera manusia khususnyamata (Ghazali Daimin, 2015). Menurut Ghazali Daimin (2015), Peirce mengatakantanda terdiri daripada simbol terjadi hasil daripada kesepakatan, ikon terjadi hasildaripadi ilmu fizik dan indeks terjadi hasil daripada hubungan sebab dan akibat.Elemen interpretant atau penggunatanda merupakan konsep pemikiran daripada orang yang menggunakan sesuatu tandadan tanda tersebut mempunyai satu makna yang ingin disampaikan kepada oranglain (Ghazali Daimin, 2015). Contohnya, seorang gadis memakai baju kurung menampakkandia sebagai simbol gadis Melayu pada pandangan orang ramai.Menurut Ghazali Daimin (2015), Saussuremengatakan bahawa penanda dilihat sebagai bentuk atau fizik dapat dikenalimelalui wujud karya seni bina. Petanda dikatakan sebagai makna yang terungkapmelalui konsep, fungsi dan nilai-nilai yang ada di dalam karya seni bina.Kewujudan elemen semiotik yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure inimerupakan hubungan antara ‘petanda’ dan ‘penanda’ atau kebiasaanya dikenalisebagai ‘signifikasi’ (Ghazali Daimin, 2015). Semiotik signifikasi merupakansistem berasaskan peraturan kesepakatan sosial.

Ianya diperlukan dalampenghuraian erti bagi kategori semiotik. Dalam hubungan berkomunikasi,seseorang akan menggunakan sign(tanda) untuk memberikan maksud mengenai objek dan penerima akan memahami tandatersebut. Saussure menyebut objek itu sebagai referent iaitu lebih kurang maksudnya seperti yang dinyatakan olehPeirce bahawa interpretant adalahuntuk signified dan objek pulasebagai signifier. Namun perbezaannyadi sini, Saussure mengatakan ‘objek’ sebagai rujukan serta sebagai unsurtambahan dalam proses penandaan. Contoh yang boleh diberi, seseorang menyebutperkataan anjing (signifier) dalamnada marah (Ghazali Daimin, 2015).

Sejurus itu, hal tersebut merupakan tanda (signified). Boleh dikatakan, signifier dan signified itu adalah satu persamaan yang tidak dapat dipisahkanseperti dua sisi dari sehelai kertas (Sobur, 2006).Menurut Stokes (2003), analisa semiotikbermula dengan definisi objek analisa dan pengumpulan teks (kumpulan tanda)yang akan dianalisa. Seterusnya, tanda-tanda yang ada di dalam iklan yang telahdikaji akan disenaraikan. Analisa semiotik dilakukan terhadap tanda-tandatersebut akan meliputi analisa yang terdiri daripada bentuk, warna, gambar dantulisan. Pada peringkat seterusnya, hasil analisa tersebut akan dihuraikan olehpengkaji sebagai sebuah interpretasi dari teori tanda Peirce.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team